Sunday, November 28, 2010

sunday school

hari ini adalah hari terakhirku di sunday school..ini kerana minggu depan aku akan ada di Melbourne dan minggu seterusnya aku akan pergi ke Sydney. semenjak pagi hujan tidak berhenti-henti..terasa hujan memahami apa yang ada di dalam hati..

bila hari hujan, kebiasaannya bilangan murid-murid yang akan datang kelas amat sedikit.. setibanya di masjid, ternyata jangkaanku benar. hanya seorang muridku datang iaitu angelina. terasa amat sedih kerana saif, kavindra, amani, isha dan ilham tidak hadir padahal ini adalah kelas terakhirku.

sister niken kemudiannya menyuruh aku mengajar Angelina, Muhsina dan juga Amberlyn. walaupun berasa terkilan kerana murid-muridku yang lain tidak hadir, aku tetap gembira kerana dapat mengajar mereka betiga untuk kali terakhir. muhsina dan amberlyn pernah aku ajar untuk beberapa kali apabila cikgu mereka tidak datang. alhamdulillah mereka semua sedang membaca buku Iqra' 2. paling tidak ku sangka, mereka tidak mahu pergi makan pada waktu rehat dan tengahari semata-mata kerana ingin meyiapkan kerja menulis dan mewarna. Sibuk sungguh mereka menyuruh aku menjadi pengadil tentang hasil kerja siapa yang paling menarik.

teringat akan permintaan Muhsina untuk bermain "orang gantung" atau "hang man" suatu ketika dahulu, aku mengisi slot terakhir dengan bermain permainan tersebut. aku sudah menyiapkan permainan tersebut sejak sebulan yang lalu namun tidak sempat digunakan kerana kebiasaannya masa tidak mengizinkan. Akhirnya hari ini, mereka dapat juga bermain. seronok melihat mereka meneka huruf-huruf dan jawapan.

selepas loceng berbunyi, Amberlyn mendekatiku mengatakan dia tersangat-sangat dahaga kerana tidak makan dan minum semasa rehat dan tengahari. terus kupimpin tangannya dam turun ke dapur di bawah dan memberinya minum. tersentuh hati melihat dia minum. kemudian kami naik ke atas untuk solat zuhur berjemaah.

selesai solat, sister niken sempat berpesan supaya menyiapkan report untuk ibu bapa pelajar-pelajarku pada hari perjumpaan ibu bapa dan pengajar. terkilan kerana tidak dapat turut serta kerana aku akan pergi ke Sydney pada hari tersebut. namun, tidak mengapa.. aku redha. sempat ku salam sister-sister lain untuk mengucapkan selamat tinggal. semestinya akan kurindui murid-muridku, sister niken dan tenaga pelajar yang lain.

Moga bertemu lagi bersama kalian suatu hari nanti. semoga Allah merahmati kamu semua. Amin..

0 comments:

Post a Comment